Selasa, 25 Disember 2012

Memilih bidadari yang beragama

Memetik beberapa artikel berkenaan siapakah wanita yang wajar dikahwini,

"Wanita dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama untuk berkat kedua tanganmu." (HR. Muslim) 

Disini dikatakan harus memilih yang 4 perkara yakni:-

hartanya
kecantikannya
keturunannya
agamanya

Dan diberi saranan untuk memilih agama. Kenapa?



Agama yang dimaksudkan disini tidaklah bermaksud sahabat-sahabat perlu berkahwin dengan golongan ustazah dan mereka yang mahir dalam agama, tapi perempuan beragama yang dimaksudkan adalah perempuan yang suka kepada agama islam, yang suka belajar tentang islam dan walaupun dia bukan dari jurusan itu.
Perempuan yang suka dengan pendekatan islam, yang mencintai Allah SWT dan Rasullulah SAW lebih dari segala-galanya. Mereka ini yang suka melakukan kebaikan walau sedikit yang dia tahu dan fokusnya adalah untuk akhirat dan juga kebaikan. Mereka yang menjauhi mengumpat dan mencela serta selalu berprasangka baik dan sangat tabah..

Itulah perempuan beragama..

Perempuan beragama boleh dididik dan boleh dibentuk. Dibentuk bukanlah selepas dia berkahwin semata tapi boleh dibentuk oleh dirinya sendiri, perempuan beragama mempunyai perasaan yang lahir sendiri dari hati mereka untuk menjadi baik malah ada perempuan kafir jika dia tahu apa itu islam dan dia ingin menganutnya, malah walau seorang perempuan itu pernah melakukan dosa besar sekalipun tapi jika dalam hatinya ingin bertaubat dan menjadi baik dan kemudian berusaha sedaya upaya menjadi baik semata-mata kerana Allah SWT.

Itulah perempuan beragama...

Perempuan beragama tidak semestinya dari kalangan orang yang alim dan sempurna. Bukanlah yang tahu segala hukum hakam tapi mereka ingin belajar. Mereka ingin tahu dan mereka ingin membaik pulih diri mereka serta mereka tidak putus asa dalam menambah ilmu pengetahuan.

Dan perempuan beragama adalah calon paling sesuai dijadikan isteri.

Isteri solehah.

Dan isteri solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini. 

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan