Sabtu, 15 Disember 2012

Mencari Cinta

Episode cinta selalu dimainkan di setiap rancangan televisyen, malah seolah-olah telah menjadi suatu kewajipan untuk bercinta. Soalnya sekarang, betul ke cinta yang ditayangankan ditelevisyen itu harus diikuti? Dijadikan panduan bagi mereka untuk bercinta? Jawapannya, kebanyakkan cerita cinta di rancangan televisyen telah jauh menyimpang ke jalan yang sebenar, seolah-olah menghalalkan apa yang haram.



Sebelum itu, apa itu cinta? Kebanyakkan orang akan berkata begini: "Cinta adalah perasaan antara lelaki dan perempuan". Jawapannya ok cuma kurang tepat, seharusnya cinta adalah perasaan kasih dan sayang terhadap orang yang dicintainya serta dipandu oleh islam dan meletakkan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cinta kepada kekasihnya. Itu definasi cinta yang tepat, cinta kepada kekasih kita tanpa mengurangkan cinta kita pada Allah dan Rasul-Nya malah menambahkan lagi ketaatan kita pada Allah bila bercinta. 

Cuba kita renungkan ayat Allah ini, "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kecintaan (al-hubb) kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), di sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." (Surah al-Imran 14). 

Rumusannya adalah, Allah memberikan kriteria yakni hanya kecintaan yang akhirnya membawa manusia kembali kepada-Nya sahaja akan dijamin syurga abadi di akhirat kelak. Bermaksud, kecintaan yang tidak membawa kepada Allah akan mendapat natijah sebaliknya. Justeru, setiap kecintaan kepada perempuan, anak-pinak, harta benda, kenderaan dan kebun tanah sendiri perlu membawa di pencinta kepada Allah bukan sebaliknya.

Cinta harus dipandu bukan diikuti, barulah membuahkan hasil yang manis. Kepada sahabat yang membaca blog ana, ingin ana mengesyorkan untuk membaca buku Tentang Cinta nukilan Pahrol Mohd Juoi.


Sebelum menutup biaca kali ini, silalah hayati lirik lagu dibawah ini;

Mereka berkata,
Hidup perlukan cinta, 
Agar sejahtera aman dan bahagia ,
Andai tiada atau pudar warnanya, 
Meranalah jiwa gelaplah dunia.

Warna-warna cinta,
Yang terlukis di hatimu ,
Semat pada senyuman dan tangismu,
Agar mewarnai,
Jiwamu yang tulus,
Seperti sang pelangi selepas gerimis.

Mereka berkata,
Cinta itu merah,
Mengalir bersama titisan yang sempurna,
Cinta berharga bila sudah tiada,
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa.

Apa warna cinta,
Bila hidup sengketa,
Kabur warnanya.

Warna-warna cinta,
Yang terlukis di hatimu,
Semat pada senyuman dan tangismu,
Agar mewarnai jiwamu yang tulus,
Seperti sang pelangi selepas gerimis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan