Jumaat, 14 Disember 2012

Kealphaan

Sering sekali nak update blog tetapi penyakit kealphaan telah menjangkiti hati ini. Tajuk entri kali ini kealphaan, apa itu kealphaan? Jawapannya ialah lupa, tidak ingat, terlepas pandang dan banyak lagi jawapan yang boleh diberikan tapi wahai teman kealphaan terhadap tuhannya amat ditakuti.

Lupa pada Allah, terlepas pandang pada Allah, tidak ingat pada Allah, lalai mengingati Allah dan sebagainya yang membawa kepada kealphaan pada Allah amat bahaya sekali. Jika kita lupa pada Allah maka Allah akan lupa pada kita walaupun sebenar Allah tidak pernah lupa pada kita tapi kerana sikap kita, Allah akan sengaja lupa atau lebih jelas tidak mengendahkan kita lagi, hal ini amat menakutkan.

Cuba bayangkan jika ibu yang menyusukan anaknya terlupa nak memberi susu atau makanan, maka bahaya sedang menanti si anak. Itu contoh bagi manusia terlupa pada manusia, jika Allah melupakan kita bagaimana? Bahaya itu tersangat berat. Tika dalam kesusahan tiada yang menghulurkan bantuan, tika lapar tiada yang memberi makan, tika bersedih tiada yang mahu mengembirakan kita dan tika kita amat memerlukan bantuan tiada yang sudi membantu.

Tapi Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, jika hambanya kesusahan dijadikannya mudah, jika hambanya lapar diberi makan, jika hambanya sedih diberi berita gembira dan tika hambanya amat membuntuhkan pertolongan diberikan pertolongan sehingga hamba itu berpuas hati. Allah Maha Hebat, Dia mampu untuk segalanya, tiada mustahil.

Marilah kita sentiasa mengingatinya wahai teman.

Carilah kekuatan dengan islam, carilah ketenangan dengan mengingati Allah dan marilah kita membina empayar kegemilangan dengan berlandaskan apa yang disuruh Allah dan Rasul-Nya.

Cinta Allah dan Rasulullah SAW. (^_^)


1 ulasan:

  1. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua (La haula wala quwwata illa billah)

    BalasPadam